Rabu, 15 Jun 2011

Seorang Perempuan cantik yang bijak....

Dalam perjalanan sebuah bas dari Kuala Lumpur ke arah Pantai Timur ada seorang perempuan cantik duduk bersebelahan dengan seorang cikgu lelaki yang merasakan dirinya bijak...


Dalam perjalanan yang agak panjang itu cikgu berkenaan telah terfikir untuk bermain teka teki besama dengan perempuan canti tadi... tapi perempuan cantik tadi malas untuk melayan...


Cikgu itu perasan yang perempuan tu tak suka dengan ajakkan beliau ...lalu cikgu itu telah menawarkan Taruhan... dimana ...sekiranya perempuan itu dapat menjawab soalan dari cikgu itu dia akan memberikan RM1000 dan sekiranya tidak dapat menjawab dia hanya perlu membayar balik RM 10....


Tanpa berfikir panjang...perempuan itu setuju..sebab malas nak dengar cikgu tu membebel.,...


Cikgu : Berapa kilometer dari kuantan ke kuala lumpur dengan  melalui perak?


Tanpa berfikir perempuan cantik tadi....terus mengeluarkan RM 10 dan dihulurkan kepada Cikgu tadi.....


Ok sekarang kamu pula tanyakan saya soalan....


Perempuan Cantik: Binatang apa yang boleh terbang sampai kebulan tapi tidak mempunyai kepak dan mampu belari tapi tiada kaki dan makan tapi tiada mulut.....?


Cikgu itu pun berfikir...dan terus berfikir.....serta menelifon semua rakan rakan nya untuk bertanyakan jawapan terhadap soalan tadi...namun tiada siapa yang mengetahui jawapannya...perempuan yang cantik tadi tertidur menunggu jawapan dari cikgu itu....setelah hampir tiba di perhentian bas pantai timur.... cikgu telah mengejutkan perempuan cantik tadi dari tidurnya....dan dengan lemah cikgu itu menghulurkan RM 1000 kepada perempuan tadi......bila tiba sahaja di perhentian....cikgu tadi bertanyakan pada perempuan cantik itu...apakah jawapannya... tiba tiba perempuan cantik tu mengeluarkan RM 10 dan diberikan kepada cikgu itu..... dan berkata...SAYA PUN TAK TAHU.......hihihihiiiiiiiii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan