Ahad, 12 Jun 2011

Puisi Suami Isteri



Isteriku………….,

Jika kau bumi akulah mataharimu,

Aku akan menyinari mu ..kerana engkau mengharapkan sinaran dariku…..

Ingatlah Bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang..

Aku akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku..

Lantas aku teringat bahawa Tuhan tidak hanya mencipta bumi sahaja….

Malah banyak lagi planet-planet yang memerlukan sinaran ku….

Lalu…….. relakan  aku menyinari planet-planet lain……

Menyampaikan faedah adanya aku….kerana sudah takdir sinaran ku juga di perlukan oleh planet lain….


***** Balasan Puisi Dari Si Isteri*****

Suamiku……………,

Seandainya kau memang mentari,

Sang Suria yang memberi cahayanya….

Aku relakan kau memberi sinaran mu kepada segala planet ….

Yang Tuhan telah ciptakan…kerana mereka juga sepertiku yang memerlukan cahaya mu…kerana aku juga tidak akan merasa kurang sinaranmu…

AKAN TETAPI……………..

Bila engkau hanya sebuah pelita minyak tanah dan  hanya berkekuatan hanya 5 watt…

Janganlah nak bermimpi untuk menyinari planet yang lain!!....

Kerana bilik tidur kita pun hanya menggunakan lampu minyak tanah….

Lihatlah dirimu..pada cermin kaca di sudut kamar…

Di tengah remang cahaya mu yang telah aku mengerti maksud mu….

Lihatlah adakah kau MATAHARI @ pelita minyak tanah.

Oh Please lahhhhhhhhh…..

Ada hati nak kawin lain konon……….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan