Rabu, 15 Jun 2011

Salah Eja Nama

Pada satu malam jumaat di sebuah kampung..... tedapat sekumpulan 4 orang remaja yang suka melepak sehingga larut malam.....dan bersurai lebih kurang jam 3 pagi....


Kita namakan mereka ini kaki lepak...... Jijin,Poji,Empet dan Iwan mereka sangat rapat .....
Si Empet dan Iwan ni takut kepada hantu...tapi masih mau melepak sehingga larut malam.... pada malam itu dalam perjalanan pulang kerumah masing2 mereka telah berpecah kepada dua kumpulan Iwan dan Empet  lagi satu Jijin bersama Poji.... 


Laluan untuk pulang kerumah Jijin dan Poji agak menyeramkan kerana mereka tepaksa melalui sebuah perkuburan..... semasa mereka betul-betul dihadapan pintu kawasan perkuburan itu......... mereka telah terdengar satu bunyi ketukan dari arah kubur berkenaan.....
lalu mereka terkejut dan mula merasa takut..... tapi mereka memberanikan diri untuk mengetahui apakah bunyi tadi datang dari kawasan kubur berkenaan.....


Mereka pun menyuluh kesana kemari untuk mencari bunyi apakah itu.... sehingga lah mereka ternampak seorang lelaki tua di situ.....


Jijin: Pak cik.... buat apa kat sini malam-malam buta ni... 
Poji: Entah pak cik ni tak takut ker....


Tapi tiada sahutan dari pak cik tadi..... pak cik tu terus sahaja mengetuk dan mengetuk....


Buat kali kedua mereka menegur...


Jijin : pakcik.... saya tanya.... pak cik  buat apa....?
Poji : pak cik pekak ke ?


Lalu pak cik tadi dengan muka yang agak marah menjeling kearah mereka berdua.... kemudian meneruskan ketukan nya tadi......


Buat Kali ketiga Mereka berdua serentak berkata......PAK CIK......


Kali ini tak sempat mereka berkata apa-apa....pak cik tu pun bersuara dengan nada yang marah


Pak cik: KORANG SIBUK SANGAT NAK TAU BUAT APA!!!!!!!!!
              AKU NI TENGAH BETULKAN NAMA AKU...DIORANG TULIS ...TAK      BETUL
!!!@#$%$#@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan