Sabtu, 18 Jun 2011

Masalah Mengajar Kira-Kira Pada Budak-Budak

Seorang guru matematik telah bertanyakan soalan kepada seorang murid …

Cikgu : Sekiranya seketul kuih dijual dengan harga 40 sen …kira kan berapa harga bagi 3    ketul kuih ….

Murid : Senang cikgu… kalau satu berharga  40 sen kalau kita beli 3 RM1

Cikgu : Salah jawapan kamu tu… cuba kira balik…

Murid : Betul la cikgu… cuba cikgu yang kira….

Cikgu : Jawapan sebenarnya ialah RM 1.20

Murid : Kuih yang cikgu beli tu mahal… esok pagi saya belikan kuih kan depan umah saya…mak cik yang meniaga kat situ murah sikit,sedap pula…..kalau kita beli seketul kuih mak cik  tu jual sama macam cikgu cakap tadi…40 sen tapi kalau beli 3 RM1…untung cikgu lagi 20 sen saya boleh masuk dalam tabung…

Cikgu : @#$%$# Kamu mengajar saya pulak…

Tahukah Anda Tentang Fakta


  1. Menurut kajian dari orang tua-tua kampung aku Teh  adalah salah satu bahan yang turut digukan dalam pembinaan masjid di kampung aku…. Ini kerana semasa dalam tempoh pembinaan orang-orang kampung yang telah kepenatan dan berehat sambil meminum air Teh  untuk menghilangkan dahaga ketika bekerja… mungkin kalau tidak  kerana Teh masjid dikampung aku pada ketika itu masih belum siap….hihihiiiii
  2. Anda mesti pernah terdengar kan tentang peribahasa macam anjing dengan kucing….menurut sejarah yang aku dapat dari kawan aku yang sememangnya mendapat markah yang cemerlang dalam mata pelajaran sejarah…pada suatu masa dahulu kucing adalah musuh ketat dengan anjing...ini kerana terjadi salah faham dimana… tikus adalah punca segala permusuhan mereka…kalau tak caya tengok tom & jerry…
  3. Tahukah anda mengapa Kucing selepas melepaskan hajatnya pasti ia akan menanam hasil pembuangannya itu???????ini kerana membawa persoalan diatas yang mana sewaktu adegan kejar mengejar…si anjing telah memberi amaran sekeras-kerasnya pada si kucing yang mana anjing berkata :- aku bersumpah sampai kiamat ….kalau aku dapat kau kucing ….!!! Dengan tahi-tahi kau aku makan…itulah kisahnya…
  4. Tahukah anda…didalam dunia ini…banyak nama bagi air yang jernih warna nya… contohnya… air hujan,air paip,air terjun,air masak,air kosong kat kedai,air jarang,tapi paling top dan berada di serata dunia di panggil…air mineral……………

Rabu, 15 Jun 2011

Seorang Perempuan cantik yang bijak....

Dalam perjalanan sebuah bas dari Kuala Lumpur ke arah Pantai Timur ada seorang perempuan cantik duduk bersebelahan dengan seorang cikgu lelaki yang merasakan dirinya bijak...


Dalam perjalanan yang agak panjang itu cikgu berkenaan telah terfikir untuk bermain teka teki besama dengan perempuan canti tadi... tapi perempuan cantik tadi malas untuk melayan...


Cikgu itu perasan yang perempuan tu tak suka dengan ajakkan beliau ...lalu cikgu itu telah menawarkan Taruhan... dimana ...sekiranya perempuan itu dapat menjawab soalan dari cikgu itu dia akan memberikan RM1000 dan sekiranya tidak dapat menjawab dia hanya perlu membayar balik RM 10....


Tanpa berfikir panjang...perempuan itu setuju..sebab malas nak dengar cikgu tu membebel.,...


Cikgu : Berapa kilometer dari kuantan ke kuala lumpur dengan  melalui perak?


Tanpa berfikir perempuan cantik tadi....terus mengeluarkan RM 10 dan dihulurkan kepada Cikgu tadi.....


Ok sekarang kamu pula tanyakan saya soalan....


Perempuan Cantik: Binatang apa yang boleh terbang sampai kebulan tapi tidak mempunyai kepak dan mampu belari tapi tiada kaki dan makan tapi tiada mulut.....?


Cikgu itu pun berfikir...dan terus berfikir.....serta menelifon semua rakan rakan nya untuk bertanyakan jawapan terhadap soalan tadi...namun tiada siapa yang mengetahui jawapannya...perempuan yang cantik tadi tertidur menunggu jawapan dari cikgu itu....setelah hampir tiba di perhentian bas pantai timur.... cikgu telah mengejutkan perempuan cantik tadi dari tidurnya....dan dengan lemah cikgu itu menghulurkan RM 1000 kepada perempuan tadi......bila tiba sahaja di perhentian....cikgu tadi bertanyakan pada perempuan cantik itu...apakah jawapannya... tiba tiba perempuan cantik tu mengeluarkan RM 10 dan diberikan kepada cikgu itu..... dan berkata...SAYA PUN TAK TAHU.......hihihihiiiiiiiii

Salah Eja Nama

Pada satu malam jumaat di sebuah kampung..... tedapat sekumpulan 4 orang remaja yang suka melepak sehingga larut malam.....dan bersurai lebih kurang jam 3 pagi....


Kita namakan mereka ini kaki lepak...... Jijin,Poji,Empet dan Iwan mereka sangat rapat .....
Si Empet dan Iwan ni takut kepada hantu...tapi masih mau melepak sehingga larut malam.... pada malam itu dalam perjalanan pulang kerumah masing2 mereka telah berpecah kepada dua kumpulan Iwan dan Empet  lagi satu Jijin bersama Poji.... 


Laluan untuk pulang kerumah Jijin dan Poji agak menyeramkan kerana mereka tepaksa melalui sebuah perkuburan..... semasa mereka betul-betul dihadapan pintu kawasan perkuburan itu......... mereka telah terdengar satu bunyi ketukan dari arah kubur berkenaan.....
lalu mereka terkejut dan mula merasa takut..... tapi mereka memberanikan diri untuk mengetahui apakah bunyi tadi datang dari kawasan kubur berkenaan.....


Mereka pun menyuluh kesana kemari untuk mencari bunyi apakah itu.... sehingga lah mereka ternampak seorang lelaki tua di situ.....


Jijin: Pak cik.... buat apa kat sini malam-malam buta ni... 
Poji: Entah pak cik ni tak takut ker....


Tapi tiada sahutan dari pak cik tadi..... pak cik tu terus sahaja mengetuk dan mengetuk....


Buat kali kedua mereka menegur...


Jijin : pakcik.... saya tanya.... pak cik  buat apa....?
Poji : pak cik pekak ke ?


Lalu pak cik tadi dengan muka yang agak marah menjeling kearah mereka berdua.... kemudian meneruskan ketukan nya tadi......


Buat Kali ketiga Mereka berdua serentak berkata......PAK CIK......


Kali ini tak sempat mereka berkata apa-apa....pak cik tu pun bersuara dengan nada yang marah


Pak cik: KORANG SIBUK SANGAT NAK TAU BUAT APA!!!!!!!!!
              AKU NI TENGAH BETULKAN NAMA AKU...DIORANG TULIS ...TAK      BETUL
!!!@#$%$#@

Ahad, 12 Jun 2011

Puisi Suami Isteri



Isteriku………….,

Jika kau bumi akulah mataharimu,

Aku akan menyinari mu ..kerana engkau mengharapkan sinaran dariku…..

Ingatlah Bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang..

Aku akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku..

Lantas aku teringat bahawa Tuhan tidak hanya mencipta bumi sahaja….

Malah banyak lagi planet-planet yang memerlukan sinaran ku….

Lalu…….. relakan  aku menyinari planet-planet lain……

Menyampaikan faedah adanya aku….kerana sudah takdir sinaran ku juga di perlukan oleh planet lain….


***** Balasan Puisi Dari Si Isteri*****

Suamiku……………,

Seandainya kau memang mentari,

Sang Suria yang memberi cahayanya….

Aku relakan kau memberi sinaran mu kepada segala planet ….

Yang Tuhan telah ciptakan…kerana mereka juga sepertiku yang memerlukan cahaya mu…kerana aku juga tidak akan merasa kurang sinaranmu…

AKAN TETAPI……………..

Bila engkau hanya sebuah pelita minyak tanah dan  hanya berkekuatan hanya 5 watt…

Janganlah nak bermimpi untuk menyinari planet yang lain!!....

Kerana bilik tidur kita pun hanya menggunakan lampu minyak tanah….

Lihatlah dirimu..pada cermin kaca di sudut kamar…

Di tengah remang cahaya mu yang telah aku mengerti maksud mu….

Lihatlah adakah kau MATAHARI @ pelita minyak tanah.

Oh Please lahhhhhhhhh…..

Ada hati nak kawin lain konon……….

Kisah Suami Isteri Yang Curang



Salmah: “Abang Man… Jom la datang rumah…. Saya rindu la…
               Lagipun suami saya pergi oversea tadi..”

Azman: “Baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la                    
                abang tipu Isteri abang tu…

Salmah: “Oh ya.. sebelum datang esok abang cukur misai kasi 
                licin dulu ye..abang tahukan saya suka lelaki yang            
                baby-face."         


Azman: “Alamak…yang ini susah sikit.. isteri abang suka abang 
               simpan Misai ni nanti dia marah pulak”

Salmah: “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tidak ni?...”

Azman: “Oklah..ok laaaaaahhh….Mah punya pasal apa saja 
               abang Sanggup.”

Keesokan paginya,semasa Azman hendak keluar untuk ke pejabat, dia telah berpesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam itu…kerana ada mesyuarat penting …dan di pejabatnya..Azman telah mencukur misainya sampai licin…

Jam 4 pagi ketika Azman pulang kerumahnya…isterinya sudah tidur..dengan perlahan Azman salin baju dan naik ketempat tidur..tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba wajah Azman yang licin itu dalam kegelapan dan berkata…  “Kenapa kau tak balik lagi Mail…kejap lagi suami akak balik…..!!!!!!??”