Sabtu, 18 Jun 2011

Masalah Mengajar Kira-Kira Pada Budak-Budak

Seorang guru matematik telah bertanyakan soalan kepada seorang murid …

Cikgu : Sekiranya seketul kuih dijual dengan harga 40 sen …kira kan berapa harga bagi 3    ketul kuih ….

Murid : Senang cikgu… kalau satu berharga  40 sen kalau kita beli 3 RM1

Cikgu : Salah jawapan kamu tu… cuba kira balik…

Murid : Betul la cikgu… cuba cikgu yang kira….

Cikgu : Jawapan sebenarnya ialah RM 1.20

Murid : Kuih yang cikgu beli tu mahal… esok pagi saya belikan kuih kan depan umah saya…mak cik yang meniaga kat situ murah sikit,sedap pula…..kalau kita beli seketul kuih mak cik  tu jual sama macam cikgu cakap tadi…40 sen tapi kalau beli 3 RM1…untung cikgu lagi 20 sen saya boleh masuk dalam tabung…

Cikgu : @#$%$# Kamu mengajar saya pulak…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan